Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 6, 2008

Selamat ulangtahun perkahwinan



Assalamu'alaikum..alhamdulillah, msh dberi kekuatan utk berpuasa dlm bulan yg penuh barakah ni. Smlm tuan rumah berbuka di Hotel Putra, Kl..sempena ulangtahun perkahwinan kakak n abg yg ke-9. alhamdulillah..rezeki ada org belanja mkn (^.^).ramai kat d'serai cafe mlm tu.meja kami betul2 tepi jendela...sblum berbuka, sempatla melihat suasana bandar kuala lumpur time nk maghrib. kasihan...dh dekat2 nk azan maghrib pun jalan raya masih lagi sesak.pkul brpla gaknye mereka nk smpai ke rumah msg2..berbuka bersma kuarga n sterusnya menunaikan ibadah d mlm ramadhan.

"Allahuakhbar!! Allahuakhbar!!...."

Bismillah..kurma..kurma..hehe.berbuka dah pun..syukur..

"Allahumma lakathumtu wa bikaamantu wa'alaarizkika afthartu birahmatikayaa ar hamarraahimin.."

sblm wktu berbuka lg dah ready mknan atas meja.byk betul mknan yg dsediakan..nikmat yg Allah bg. melihat hdgn sebanyak tu kat kwsn buffet pun dah rasa teruja.tapi hakikatnya sebanyk mana n sesedap mana pun masih lagi x setanding nikmat yg akan Allah ganjarkan kpd smua hamba-Nya yg bakal menduduki syurga nan indah.hidangan yg x pernah kita jumpa . ya Allah..dpt ke aku merasai nikmat syurgamu walau setitik air di dalamnya utk menghilangkan rasa dahaga tatkala ketakutan mghadapi siksaMu nnt.

alhamdulillah, terisi juga perut ni...byk juga aku mkn ;)tp bukan byk kuantiti, byk jenis je..huhu.cukupla setakat mengalas perut sebelum solat. tepat jam 7.30, bergerak ke surau hotel kat 2nd floor tuk solat maghrib.risau jugak ramai org kat surau nnt kalau g lewat2.tp syukur, x sesak pn..dh siap solat,g smula kat d'serai cafe...utk smbung makan ;) tgk2 keliling..masih ramai yg duduk makan kat meja.belum puas menjamu slera gaknye..hehe.kul8.45, masing2 mula berganjak drpd tmpat duduk n meninggalkan d'serai cafe.


my kakak yg baik hati ;p



terima kasih abg, kakak..sbb belanja. (patutnya kami yg belanja org yg mnyambut anniversary ;p ) xpe, mereka fhm adik2 blum kerja.=) Tahniah kerana menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke-9. kami 2 keluarga slalu mendoakan abg n kakak..mudah2an ikatan perkahwinan yg dibina berkekalan sampai ke akhir hayat..pastu bersambung di akhirat. isteri sebagai bidadari suami d syurga nnt..huhu..alangkah indahnya.smga di luaskan rezeki, tahun dpn belanja kami lagi (^-^)

my bro n sis
~happy anniversary~

Wednesday, September 3, 2008

Kelebihan berpuasa

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias surga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikatlah setan-setan yang durhaka sehingga mereka tidak leluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (HR Ahmad)

Tuesday, September 2, 2008

Ibadah Puasa

Puasa wajib

Puasa fardhu atau puasa di bulan Ramadan telah diwajibkan ke atas setiap mukallaf yang berakil baligh serta telah memenuhi syaratnya. Bagi kanak-kanak yang belum akil baligh, mereka ini tidak diwajibkan berpuasa tetapi ibu bapa haruslah melatih mereka untuk berpuasa sebagai latihan. Sesiapa yang mengingkari akan kewajipan berpuasa ini maka mereka dihukum murtad.

Puasa sunat

Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan kerana semata-mata untuk mengharapkan akan keampunan, keredhaan, balasan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Puasa sunat boleh dikerjakan pada bila-bila masa yang diingini jika seseorang itu merasa ia berkemampuan untuk melaksanakannya kecuali pada hari-hari yang telah diharamkan dan pada hari-hari yang makruh berpuasa.

Jenis-jenis Puasa Sunat
  • Puasa sunat di bulan Syawal. Puasa dalam bulan ini tidak semestinya berturut-turut iaitu selepas hari raya pertama, ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal.
  • Puasa sunat di bulan Zulhijjah bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah 8 haribulan.
    Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah ( hari Arafah ).
  • Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah pada 9 haribulan (sunat Tausa’ ).
  • Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram ( sunat ‘Asyura ).
  • Puasa sunat di bulan Rejab ( keseluruhan bulan Rejab ).
  • Puasa sunat di bulan Syaaban ( keseluruhan bulan Syaaban kecuali pada hari syak ).
  • Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
  • Puasa sunat 3 hari pada tiap-tiap bulan Hijrah ( Islam ).
  • Puasa sunat pada setiap tanggal 13, 14, dan 15 haribulan pada setiap bulan-bulan Hijrah ( Islam ).
  • Puasa sunat secara berselang-seli hari seperti semalam ia berpuasa dan hari ini ia berbuka dan pada esok harinya ia berpuasa semula.

Puasa Qada

Puasa Qada ialah puasa yang wajib ditunaikan kerana bagi menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan Ramadan dahulu diatas sesuatu sebab ataupun kelonggaran yang diizinkan oleh syarak seperti sakit tenat, bermusafir, haid, nifas, bersalin dan sebagainya

Puasa Nazar

Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah berperoleh ataupun berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu. Jika apa yang kita nazarkan itu tidak berjaya maka tidaklah wajib keatas kita untuk menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa.


Puasa Kifarat

Puasa kifarat wajib ditunaikan jika seseorang telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti berikut :
*Bersetubuh dalam bulan Ramadan dan pada waktu siang hari maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
*Membunuh saudara seagama tanpa hak ataupun dengan sengaja maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
*Melanggar perintah ihram dengan melakukan sesuatu yang haram dilakukan dan tidak dapat digantikan dengan menyembelih binatang.
*Kifaratnya berpuasa selama 3 hari di Tanah Suci dan 7 hari di negara sendiri.
*Kifarat kerana menziharkan isteri iaitu dengan berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.

::Teman::


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Anda pelawat yang ke :