Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 10, 2008

Salam Aidilfitri..

Assalamu'alaikum wbt..masih blm terlambat rasanya utk mngucapkan slmt hari raya aidilfitri buat shbt shbiah yg sudi singgah sbentar d blog ni.mohon maaf zahir & batin ats sgala kesilapan yg pernah dilakukan smaada sngaja/ x.


alhamdulillah, raya tahun ni dpt bkumpul seluruh ahli kluarga md. rashid & siti maimunah.syukur, nmpak wajah riang mak d pagi syawal apb sume anknya memenuhi ruang rumah, trmasuklah cucu cicit (ops blm ada lagi) mak.. pagi syawal di kampungku air tawr 3.x de istilah balik umah nenek / tok dh sbb ke 4 4 nenek n tok dh lama kmbali ke rahmatullah.


gumbira rasa hati bila dh keje pun dpt duit raya dr mak ;p mak kata ko kan blm krja betul2...hehe.syukur...syukur...
p/s : aidilfitri yg penuh bermakna tahun ni.hehe

Saturday, September 6, 2008

Selamat ulangtahun perkahwinan



Assalamu'alaikum..alhamdulillah, msh dberi kekuatan utk berpuasa dlm bulan yg penuh barakah ni. Smlm tuan rumah berbuka di Hotel Putra, Kl..sempena ulangtahun perkahwinan kakak n abg yg ke-9. alhamdulillah..rezeki ada org belanja mkn (^.^).ramai kat d'serai cafe mlm tu.meja kami betul2 tepi jendela...sblum berbuka, sempatla melihat suasana bandar kuala lumpur time nk maghrib. kasihan...dh dekat2 nk azan maghrib pun jalan raya masih lagi sesak.pkul brpla gaknye mereka nk smpai ke rumah msg2..berbuka bersma kuarga n sterusnya menunaikan ibadah d mlm ramadhan.

"Allahuakhbar!! Allahuakhbar!!...."

Bismillah..kurma..kurma..hehe.berbuka dah pun..syukur..

"Allahumma lakathumtu wa bikaamantu wa'alaarizkika afthartu birahmatikayaa ar hamarraahimin.."

sblm wktu berbuka lg dah ready mknan atas meja.byk betul mknan yg dsediakan..nikmat yg Allah bg. melihat hdgn sebanyak tu kat kwsn buffet pun dah rasa teruja.tapi hakikatnya sebanyk mana n sesedap mana pun masih lagi x setanding nikmat yg akan Allah ganjarkan kpd smua hamba-Nya yg bakal menduduki syurga nan indah.hidangan yg x pernah kita jumpa . ya Allah..dpt ke aku merasai nikmat syurgamu walau setitik air di dalamnya utk menghilangkan rasa dahaga tatkala ketakutan mghadapi siksaMu nnt.

alhamdulillah, terisi juga perut ni...byk juga aku mkn ;)tp bukan byk kuantiti, byk jenis je..huhu.cukupla setakat mengalas perut sebelum solat. tepat jam 7.30, bergerak ke surau hotel kat 2nd floor tuk solat maghrib.risau jugak ramai org kat surau nnt kalau g lewat2.tp syukur, x sesak pn..dh siap solat,g smula kat d'serai cafe...utk smbung makan ;) tgk2 keliling..masih ramai yg duduk makan kat meja.belum puas menjamu slera gaknye..hehe.kul8.45, masing2 mula berganjak drpd tmpat duduk n meninggalkan d'serai cafe.


my kakak yg baik hati ;p



terima kasih abg, kakak..sbb belanja. (patutnya kami yg belanja org yg mnyambut anniversary ;p ) xpe, mereka fhm adik2 blum kerja.=) Tahniah kerana menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke-9. kami 2 keluarga slalu mendoakan abg n kakak..mudah2an ikatan perkahwinan yg dibina berkekalan sampai ke akhir hayat..pastu bersambung di akhirat. isteri sebagai bidadari suami d syurga nnt..huhu..alangkah indahnya.smga di luaskan rezeki, tahun dpn belanja kami lagi (^-^)

my bro n sis
~happy anniversary~

Wednesday, September 3, 2008

Kelebihan berpuasa

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias surga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikatlah setan-setan yang durhaka sehingga mereka tidak leluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (HR Ahmad)

Tuesday, September 2, 2008

Ibadah Puasa

Puasa wajib

Puasa fardhu atau puasa di bulan Ramadan telah diwajibkan ke atas setiap mukallaf yang berakil baligh serta telah memenuhi syaratnya. Bagi kanak-kanak yang belum akil baligh, mereka ini tidak diwajibkan berpuasa tetapi ibu bapa haruslah melatih mereka untuk berpuasa sebagai latihan. Sesiapa yang mengingkari akan kewajipan berpuasa ini maka mereka dihukum murtad.

Puasa sunat

Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan kerana semata-mata untuk mengharapkan akan keampunan, keredhaan, balasan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Puasa sunat boleh dikerjakan pada bila-bila masa yang diingini jika seseorang itu merasa ia berkemampuan untuk melaksanakannya kecuali pada hari-hari yang telah diharamkan dan pada hari-hari yang makruh berpuasa.

Jenis-jenis Puasa Sunat
  • Puasa sunat di bulan Syawal. Puasa dalam bulan ini tidak semestinya berturut-turut iaitu selepas hari raya pertama, ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal.
  • Puasa sunat di bulan Zulhijjah bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah 8 haribulan.
    Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah ( hari Arafah ).
  • Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah pada 9 haribulan (sunat Tausa’ ).
  • Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram ( sunat ‘Asyura ).
  • Puasa sunat di bulan Rejab ( keseluruhan bulan Rejab ).
  • Puasa sunat di bulan Syaaban ( keseluruhan bulan Syaaban kecuali pada hari syak ).
  • Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
  • Puasa sunat 3 hari pada tiap-tiap bulan Hijrah ( Islam ).
  • Puasa sunat pada setiap tanggal 13, 14, dan 15 haribulan pada setiap bulan-bulan Hijrah ( Islam ).
  • Puasa sunat secara berselang-seli hari seperti semalam ia berpuasa dan hari ini ia berbuka dan pada esok harinya ia berpuasa semula.

Puasa Qada

Puasa Qada ialah puasa yang wajib ditunaikan kerana bagi menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan Ramadan dahulu diatas sesuatu sebab ataupun kelonggaran yang diizinkan oleh syarak seperti sakit tenat, bermusafir, haid, nifas, bersalin dan sebagainya

Puasa Nazar

Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah berperoleh ataupun berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu. Jika apa yang kita nazarkan itu tidak berjaya maka tidaklah wajib keatas kita untuk menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa.


Puasa Kifarat

Puasa kifarat wajib ditunaikan jika seseorang telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti berikut :
*Bersetubuh dalam bulan Ramadan dan pada waktu siang hari maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
*Membunuh saudara seagama tanpa hak ataupun dengan sengaja maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
*Melanggar perintah ihram dengan melakukan sesuatu yang haram dilakukan dan tidak dapat digantikan dengan menyembelih binatang.
*Kifaratnya berpuasa selama 3 hari di Tanah Suci dan 7 hari di negara sendiri.
*Kifarat kerana menziharkan isteri iaitu dengan berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.

::Teman::


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Friday, August 29, 2008

Moga lebih bermakna..

Selamat menyambut Ramadhan yg penuh barakah..mudah2an puasa kita kali ini adalah puasa kelas pertama.cukuplah tahun2 sblm ini kita siakan Ramadhan yg Allah pinjamkan..bermacam2 perasaan dalam diri ni nk menghadapi bulan mulia ni.mampukah kita menghayati erti sebenar Ramadhan di saat semua sibuk menjalani persiapan kemerdekaan??sub3..takut..berdebar..gembira.Ya Allah hanya pada Mu tmpat mengadu.semoga Ramadahn kali ni lebih bermakna dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita semua. sama2lah kita mencari redha Allah.saling nasihat menshti sesama saudara..ingat2kan dan pesan2kanlah sesama kita.mungkinkah ini Ramadhan terakhir untuk kita..ya Allah..kami ingin beribadah lagi ya Allah..pjgkan umur kami dalam rahmat dan keampunan-Mu. mohon ampun segaa salah silap. Salam ramadhan al-Mubarak.

ciputih dah melahirkan generasinya lagi :)

Salam..28 ogos 2008, ciputih selamat melahirkan anak2nya yg comel (belum nampak pun sbb mereka kat kmpung).ada 3 ekor..yg peliknya, kali ni ciputih lahirkan baby berperingkat2.huhu..mgrib smlam lahir sekor...dah bncg2 dgn mak dh nk bg nama ape..baik la, cutela, hitamla, lastnye pilih bulan..pastu sempatla dia bermain2 ,makan dan minum dlm kotaknya..mak ingat dah xde lg babynye,,tetiba je kul 10.30 mlm td mak bg msg ada lg sekor...alhamdulillah.hehe ramai dah.bintang namanya, dia belang2 kata mak.pg td...29 ogos 2008, baru lepas besiap nk g skulah dpt msg drpd mak kat kmpung.."anakmu dah ada 3 ekor..ni baru lahir lagi satu..warna putih mcm mamanye.mak bg nama awan ye.ok x?" syukurlah..mak kata tgk perut ciputih pun mcm dh xde. cukup dah, BULAN, BINTANG, AWAN..matahari je xde.mak kata, matahari pjg sgt nk sebut.hehe.nasib baik mendung, petir, kilat xde.huhu..erm.,mudah2an semua sihat..tahniah ciputih!!:))

Tuesday, August 26, 2008

master ke kerja????

huhu...teringat kenangan jdi student.pHD!!!!!tunggu aku!!!!! ="(

'........'


Desir pasir di padang tandus

segersang pemikiran hati

terkisahku di antara cinta yg rumit...

"bila keyakinanku datang..

kasih bukan sekadar cinta

pengorbanan cinta yg agung ku pertaruhkan..

maafkan bila ku x sempurna

cinta ini x mungkinku cegah

ayat2 cinta bercerita

cintaku pada-Mu

bila bahagia mulai menyentuh...

seakanku bisa hidup lebh lama

namun harus ku tinggalkan cinta

ketika ku bersujud..."

apa khabar??

Salam ukhwah, salam syg buat smua shbt shbiah wlu d mana berada.apa khbr?dh terlalau lama x mengedit blog nih.huhu.ntahla.ada je aral..xpe, msti ada hkmahye.buat shbt shbiah adik2 akak2 abg2 yg still study...cmne pelajaran?ok?wlu sesibuk manapun kite dlam gerak kerja dakwah..jgn lupa buka buku walau sesaat.yg pnting buka..:) isi masa yg ada semaksima yg mgkin.ada je masa terluang, tgk plajaran. erm, lagi satu..jgn biasakan tidur lewat ek.nnt time kuliah mengantuk pulak..reht yg ckp tu penting.fokus smsa kuliah lagi pnting:).sy bukanlah seorang yg terlalu baik utk memberi idea/ cdgn..tp ape yg sy rasa sy teringn nk kongsi bersma.mdh2an sdkt sbnyk ada la jgk yg berguna..huhu. buat shbt shbiah yg dah 3 bulan grad? buat ape la gaknye ntum sume ek...lama x dgr khbr.mdh2an kita sume x lupa utk mendoakan antra satu sama lain..lbh2 lagi utk shbiah2 yg bakal bergelar zaujah x lama lagi :) jgn dijauhkan jalan dakwah kita ni...sma2 usaha k:)

Monday, June 16, 2008

Medsi test

TAHNIAH buat shbt2 yg layak ke Medsi test 21jun ni.Good Luck yer!!=)

::Putih n baby::

Alhamdulillah, putih dgn babynye dah semakin gemuk.(^-^)

anaknye x reti duk diam sekarang nih.habis langsir2 n alas meja dia buat main tarzan2. nenek mun la rajin melayan.melekek2 (x tau ada dlm kamus dewan ke x pkataan nih) ketawa kalau tgk ragam ank2 kucingnya.

Dah dekat 3 mggu jgk gulung dgn bengkok makan sendiri..nenek nk tukar nama, yg gulung jadi comel, yg bengkok jd putih junior.boleh kan bu kinki;))

sekarang nih ciputih dgn baby duk kat kmpung..jarang dah jumpa.saya merantau lagi.duk bual dlm tepon jela dgn diorang.sub2

doakan diorg cihat ye buk kinki n shbt2=)

Ya Allah..bantulah aku.

sesuatu yg sgt mencabar apabila bergelar seorang 'teacher'. hehe. Alhamdulillah, saya sekarang sdg belajar2 jadi cikgu. dpt rezeki jadi cikgu sementara kat skolah rendah..ngajar math n muzik.huhu.tp, memang benar la guru tu ibarat lilin. macam yg kita slalu dengar masa skolah2 dulula..bila dah rasai sendiri pengalaman sebgai seorang 'teacher' ni.Ya Allah, Tuhan je yg tau betapa sukarnya apabila berhadapan dgn pelbagai sikap ank murid..ajar yg bijak dan baik lagi berbudi bahasa tu, alhamdulillah la..tapi, namanya pun manusia, x semua sama..tu la salah satu keunikan yg Allah kurniakan pada manusia.erm, cumanya, bila jdi seorg teacher yg sgt2 ingin menjadikan anak muridnya menjadi manusia yg berguna, byk dugaannya.ada yg x fhm sepatah perkataan kata pun, ish3 x tau la nak kata apa. tp hakikatnya mmg ada yg mcm tu. nak berkongsi pada shbt2 sume...bukan sesuatu yg mudah utk mengajar wpun skolah rendah.kesabaran tu sgt2la penting..wpun seseorg itu suka pada kanak2, tp kdg2 byk perkara yg x dijangka berlaku depan mata...ni cerita murid tahap 1 nih..belum kat skolah menengh lagi. ape2 pun..teacher latifah tetap syg pada anak2 muridnya wpun x dgr kata.sakit tekak nak menjerit...camtula gaknye time kite skolah kecik2 dulu.nakal.huhu.konklusinya, jadi seorang guru jelas bukan tugas mudah.saya dah pun rasai..teringat pada cikgu2 n lecturer2 masa blajar...semoga Allah meredhai kehidupanmu.time kasih cikgu.

Monday, June 2, 2008

::Result exam::

Salam..buat shbt2 UMT, result exam dah buleh tgk kat www.sistem.umt.edu.my/epelajar
..semoga berjaya semua:-)

Friday, May 23, 2008

Salam..

Alhamdulillah, masih diberi keizinan utk hidup dgn bahagianya..setelah sekian lama x meng'update' blog ni, dapat juga menaip sesuatu hari ni w/pun x byk..maklumla dah balik kampung ni sibuk memanjang..erm tp, sblum terlupa, buat shbt2 yg bakal menduduki Mtest tomorrow=) do your best..jgn lupa doa byk2, mudah2 an sume berjaya. nak cite pasal tayar n roda sebenarnya, tapi..
tiba2 terlintas pasal mak dgn abah pulak.arwah abah dah 4 tahun meninggal dunia..tinggal mak sorang2 kat rumah.sayu kalau tgk mak kluar ke halaman sorang2.dulu slalu buat kerja kat laman rumah sama2 dgn abah.
Hati seorang mak...x kisah kalau x makan asalkan anak2 makan.. x tidur pun x pe asalkan anak2 dpt tidur lena.. bila abah dah xde, semua kerja yg abah buat dulu2 sume mak ambik alih..x kira krja berat ke x.mencangkul dsbg nya.sampai kasar tapak tangan mak..benarlah bahawa pengorbanan seorang ibu itu terlalu besar..x terbalas walau dgn wang berjuta sekali pun.
buat shbt2 yg mash mempunyai kdua2 insan yg dikasihi, sayangi dan hargailah mereka selagi kita masih bersama mereka. setiap kejayaan kita adlh kejayaan mereka, hasil titik pluh mereka, doa mak ayah yg bgn bertahajjud setiap malam mendoakan agar kejayaan menyebelahi setiap anak2nya.. sama2lah kita mncri sesuatu untuk memberi mereka kebahagiaan.doakan mereka dalam setiap solat kita..jgn lupa ucapkan terima kasih setiap sebelum tidur=) mudah2an kita semua tergolong dalam golongan ank2 yang soleh dan solehah..

Friday, May 2, 2008


ngantuknya.....

Subhanallah...makhluk kecil yg bernyawa.Smg menjadi ank yg soleh n solehah=) ni gulung dgn bengkok..

Salam..ni ciputih dgn anak2nye..

Wednesday, April 30, 2008

::Kisah nabi 2::

Nabi Adam a.s
Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya,menciptakan langit dengan mataharinya,bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yangdiciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu,disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari.Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami!Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih,bertahmid,melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya,sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu,nescaya akan bertengkar satu dengan lain,akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya,sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."
Allah berfirman,menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah,karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat,kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna
.
Iblis Membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain,yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya.Iblis merasa dirinya lebih mulia,lebih utama dan lebih agung dari Adam,karena ia diciptakan dari unsur api,sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain,walaupun diperintah oleh Allah.
Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."Karena kesombongan,kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan,maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pd.dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.
Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat.Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu,bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam,sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat,dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat,mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.
Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka.Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."
Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.
Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi,maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta,kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu,jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."
Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

Adam Menghuni Syurga.

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya,menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"
Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya,rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."

Iblis Mulai Beraksi.

Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh allah dari Syurga akibat pembangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya.Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.
Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.Ia membisikan kepada mereka bahwa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah karena dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.Diulang-ulangilah bujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya.Sehingga pada akhirnya termakanlah bujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.
Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar.Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena bujukan Iblis.Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."
Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.
Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa bujukan dan rayuannya yang manis namun berancun itu.
Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan bujukan Iblis yang terlaknat itu.Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar karena perbuatan pelanggaran perintah Allah,hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya.Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya,akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu.Berfirmanlah Allah kepada mereka:"Turunlah kamu ke bumi sebagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disan sampai waktu yang telah ditentukan."
Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali.Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

Kisah Adam dalam Al-Quran.

Al_Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al_Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al_A'raaf ayat 11 sehingga 25

Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.

Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oelh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.
Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf.Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu.Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.
Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali.Rahmat allah dan maghfirah-Nya dpt mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.

::Kisah Nabi 1::

Nabi Yahya a.s
Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rusak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya menghiningkan cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut berucaplah ia dalam doanya: "Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rusak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai."
Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin yang diikuti bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi."Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usianya."
Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?"Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung." Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari."
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada kedua ora ng tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan.Ia selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki "Yahya Pembaptis".
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh anggota keluarga menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi Yahya menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi dan pendapat dikalangan masyarakat yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya Herodus calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan menurut rencana. Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : "Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat untukmu. Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu, kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu."
Herodia menjawab: "Bila Tuan Raja berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku berkenan meluluskan permintaanku ini".Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkulik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannta telah tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.
Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya' ayat 89 sehingga ayat 90.

Ciputih dah jadi mama...Alhamdulillah..

Alhamdulillah..putih dah selamat melahirkan 2 ekor bayi yang comel pada 25hb April 2008=) 2 2 putih..cam mamanya jgk.sekarang dah 5 hari, tapi matanya x buka lagi.Nenek mun bagi nama cam ibu nik bagi. satu bengkok, satu lagi gulung..(sebab ekor dia cmtu)..erm...semoga sihat ye baby..kami dah pindah rumah dari BTN ke kota tinggi..a long journey.Fuhh!!!penat...tapi gambar kami belum dapat ditunjukkan, ibu tipah x ingat letak kat mana USb hphone ni.huhu.maklumla, dah kemas2 sume dalam kotak x ingat letak kat kotak yg mana satu. untuk ibu nik, nnt ibu tipah tunjuk gambar diorang ye ibu nik...windu kat ciputih x?ciputih ok...dia dah jlan2 nak kenal tempat. satu rumah dia round. pastu balik semula dpn pintu..bunyi loceng kat leher dia menandakan dia sudah menghampiri pintu (^_~) bulat2 dah baby...x sabar nak tggu dia besar.mesti nakal cam mamanya.kalau ada citam kan lagi best....................

Friday, April 25, 2008

"Assoobaru minal iimaan"..sebab tu susah nak sabar..isk2.citam..citam..

::misi mencari citam::

Hari ni balik exam terus round d world cari citam.fuh, penat...tapi hampa=( citam kat mana ntah gaknyer...xpe, esok sambung. usaha mesti diteruskan!!

Sunday, April 20, 2008

Sahabatku..
Teruja aku pada kata-kata imam alghazali yg mulia :
“ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada
Ingatan seseorang terhadap saudaranya di dlm doanya..”
Kuharapkan mekar di hati
Agar persahabatan suci ini
Kan terus mantap
Menjadi syafaat
Terukir indah..
Di pintu jannah!!

Citamku sayang..


Di waktu petang pada musim hujan 1 setengah tahun yang lalu, Allah pertemukanku dengan 2 ekor makhluk kecil. Makhluk itu kesejukan. Maklum, musim hujan… cian, sejuk gaknya. Aku masih teringat bulu-bulunya kembang semua. Memang sah la mereka sejuk, kan musim hujan. Bulu jadi kembang untuk memerangkap haba, supaya badan jadi panas.. (ilmu nih). Lagipun, saiz badannya cuma sebesar sebelah tangan (lebih kurang 15cm kot). Pernah juga secara diam2 aku bawa masuk dalam rumah. Kenala berahsia, takut2 kena marah dengan shbt2 kat umah (^.^). Aku selimutkan dengan kain..Syhh..jangan cakap dengan budak2 BTN yer. Hehe.Bila hujan dah reda sikit, baru letak luar semula. Yela, takut ada ehem2nya pulak. Tapi ada jugak kakak dalam rumah yang bawa tido sekali makhluk kecil tu ;o).

Masih lagi teringat waktu mereka kecil2 dulu.main2 dengan diorang.. dalam kesibukan seorang pelajar, dengan tugasan yang banyak, presentation lagi..isk2..balik je dari kuliah, terus g jumpa ’anak2’ ku..bagi dia makan..sambil bagi makan tu, berborak2 sekali dengan dorang. Lepas masalah pun dengan diorang. Yang makhluk kecik ni pulak buat2 macam faham je apa yang kita cakap. Matanya terpejam2 je kalau bercakap2 dengan dia. X tahulah sama ada dia faham ataupun dia pelik..(”apalah agknye yang manusia ni cakap kat aku. Aku x fahamle..” kata makhluk kecil tu) Dan waktu pun terus berlalu...sampailah makhluk kecil tu menjadi makhluk besar. Citam dengan putih namanya. Citam ni XY. Putih pulak XX. Mereka ni kucing sebenarnya..kalau orang tgk, mereka x la comel mana, tapi aku tetap sayang jugak. apa yang Allah jadikan semuanya indah. Dah membesar bersama2..mestilah syg.

Usia remaja seekor kucing sgtlah seronok. Suka sangat diorang berdua ni main kejar2. terlopmpat2 atas badan satu sama lain. Aku pun join main sama sebenarnya ;) kadang2 jadi mangsa kejar diorang. Huhu..Macam biasalah, rutin harian bagi diorang makan nasi dengan ikan selayang rebus yang beli kat kedai makcik depan masjid kusza tu. Kadang2 beli 3 ekor je ikan. Makcik tu pun dah kenal aku dah. Kalau datang kedai mesti beli ikan untuk kucing. Hihihi. Xpe kalau tuannya x cukup makan, janji kucingnya kenyang J yela, kucing x reti beli ikan. Curi ikan bolehla. Tapi citam dengan putih anak yang soleh dan solehah.. apa je yang ada diorang makan. Cuma kdg2 tu, citam ni nakal. Pernh jgk dia curi ikan rumah jiran sebelah. Maaf ye abg pa.Hehe.citam kan anak lelaki kan;o) sesekali pernah jgk x cukup duit nak beli ikan..ada roti ngan biskut je kat rumah. Tapi tu x jadi masalah untuk citam dengan putih..dorang makan je ;)

Setiap kali nak beristirehat mlm2 tu, mesti kena jumpa dorang dulu..nak bagi salam n wish gud nite. Mulala diorang ni tunjuk muka macam faham. Mata pun terpejam2. bangun pagi2 pun mesti buka pintu nak tgk diorang. Diorang pun bngun awal tau.
Qiam (^.~). Tapi, dalam waktu suka tu, ada jgk time sedih bila citam kena gaduh dengan kucing XY yang dah tua. Ada 3 ekor yang jahat. Cian citam..dia baru je nak mature. Nasib baik x terbantut tumbesarannya. putih pulak selalu je jadi rebutan 3 ekor kucing XY tu..sabo jela. Mula la bunyi kucing2 bergaduh. Citam selalu jadi mangsa..bulunya kadang2 tercabut cabut. Yela, dia kan baru je bujang, mana pandai gaduh lagi. ’Ibunya’ ni pulak selalu back up citam bila dia kena serang. Makinlah citam tu manja..x reti nak defense diri.tapi, tu bukan punca utma dia x reti lawan. Dia masih muda waktu tu. Yang lawan dengan citam pulak yg tua2, yg dah berjuta kali masuk pertandingan wushu, taekwando, silat gayong, gimnastik, renang. For sure la kalah si citam manja ni. Putih pulak duk tengok aje.. nak jaga penampilan kot ;D

Sampailah suatu hari.....20/3/2008.

Aku baru balik dari johor. Sampai umah kul 6.30 pg. Buka je gate, nampak citam dengan putih depan umah. Dah bangun dari tido dah dorang..sempat usap 2 ekor anak kesayangan sebelum masuk rumah.x pernah terfikir akan kehilangan anak2 tu...(-.-)
Sedih sgt......Sampai saat ni, dah x pernah nampak citam lagi.. ke mana agaknya? Citam.....balikla...’ibu’ rindukan citam. Rindu sangat2..Putih pun rindu. Dia selalu main sorang2 je sekarang ni. Citam tau kan, Putih bakal jadi mama.. x nak ke tgk adik citam dapat baby...citam g mana......................
Hari2 ’ibu’ panggil nama citam time bagi putih makan. Minggu lepas ’ibu’ beli ikan selayang 1 kg..harap sgt citam balik..tapi sedih sangat2 bila dah dekat sebulan citam x balik..CITAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ya Allah, ke mana agaknya makhluk Mu seekor tu. Selamatkan dirinya ye ya Allah..aku amat2 merinduinya.. peliharalah dia dari bencana.. sihatkanlah dia ya Allah..permudahkanlah dia untuk mendapat perlindungan daripada manusia yang menyayangi makhluk sepertinya. Macam2 aku terfikir..kalaulah citam dah mati, aku nak tengok jasadnya.. Tapi aku masih berharap citam akan pulang suatu hari nanti.. ’ibu’ rindu citam..terbayang-bayang muka citam. ’Ibu’ dah xde kawan untuk luah masalah time balik dari kuliah..selalu citam yang teman ’ibu’ kalau ’ibu’ tinggal sorang2 kat umah. Hari2 ’ibu’ doa, moga citam balik semula...nenek mun dah beli rumah untuk citam dengan putih. ’Ibu’ kan nak bawa balik citam dengan putih balik johor..tapi sekarang tinggal putih je..’ibu’ sedih. Sedih sgt2.. citam balikla.....=(((((((((((((((((
Sekarang ni tengan exam..final exam. Dulu selalu minta citam dengan putih tolong doakan. Mana citam pergi gaknye...Seminggu je lagi nak balik johor..’ibu’ dah x duduk umah kat terengganu ni lagi..pengajian ’ibu’ dah habis. ’Ibu’ takut, nnti bila ’ibu’ dah kat johor, tiba2 citam balik. Camne ’ibu’ nak bawa balik citam time tu.... malam2 slalu mimpi citam..kalau dengar bunyi kucing, cepat2 jenguk kat luar, harapan menggunung untuk melihat bunyi tu adalah citam. Tp..............Allah masih ingin menguji...doa untuk citam x pernah ’ibu’ lupakan. Balik ye citam...............................

Untuk sesiapa yang pernah ternampak citam saya, tolong inform ye. . terima kasih untuk sahabat2 yang menjaga citam selama ni. Citam ucap terima ksih jugak..

..Hari-hari terakhir..

Sahabat2ku..
Hampir sudah detik itu..detik yang bakal memisahkan kita dari pandangan mata..aku masih terkenang, masih terbayang saat kita semua dipertemukan suatu kita dahulu..salam perkenalan yang pertama dari seorang teman. Ayuni.ceria wajahnya..lembut hatinya. Masih basah kenangan kita saat bersama-sama dalam orientasi pelajar baru.Masih ku ingat kenangan itu. Di dalam kuliah, bersama along, jiha, nana..ke mana2 saja pasti kita bersama..gelak tawa, sedih..pernah juga kita berselisih faham..tapi itukan lumrah. Menjadikan kita lebih dewasa dalam menilai segala sesuatu..maafkan aku andai selama perkenalan kita ini banyak yang menyakitkan hati..
Rasanya baru semalam kita mendaftar..dapat beg baru..baju baru.. tapi hakikatnya, pertemuan yang diaturNya hampir dipisahkanNya semula. Namun aku yakin, perpisahan yang bakal berlaku nanti bukanlah perpisahan selama-lamanya..aku pasti. Ya Allah, pertemukanlah kami semula biarpun tidak di duniamu ini, ku harap bertemunya semula di Jannah..Sayangilah dirinya ya Allah..

Pertemuan demi pertemuan Kau aturkan..seorang demi seorang Kau utus menjadi sahabatku...(Kak Alin, kak Ani, kak farah, kak kiey, kak idah, kak laila, kak izzah, kak imah, cik yat, kak nurul, kak zu, kak jun, kak suzi, kak uday, kak yu, kak yana, kak syu, kak syaza, kak adah, kak ma, kak lina, kak ti, kak zai, kak salwa, nik, siti, sya, aniq, ina, yuniza, amnah, sufi, adik2 di BR, DA, warga DS, BM.) Terima kasih ya Allah..Insan-insan ini terlalu luhur jiwa mereka. Merekalah kawan..sahabat dan teman. Insan-insan yang banyak membantu, perkongsian ilmu, memberi nasihat, dorongan dan kasih sayang pengganti keluarga yang jauh nun di selatan. Setiap detik kita bersama pasti menjadi kenangan yang tidak pernah dapat ku lupakan..Dulu kita bersama-sama ber’perang’, mendapat hadiah jam tangan sebesar jam dinding, meriam katak, apron, topi..macam2.. manisnya saat tu. Dapatkah lagi untukku perolehi kenangan sebegitu??? Semoga ukhuwwah yang terbina diredhaiNya.

Sahabatku... Terima kasih atas segalanya..

Ya Rahman.. ku mohon pertemukanlah kami semua di syurgaMu. Rahmatilah hidup kami ya Allah. Kukuhkanlah ikatan persaudaraan ini. Ampunkan dosa-dosa kami..
ya Allah, permudahkanlah urusan kehidupan kami.. Diri ini terlalu hina ya Allah, malu untuk kami meminta lagi..Sudah terlalu banyak yang dipohon..namun syukur kami entah seberapa..tapi ya Allah, kepada siapa lagi yang layak untuk kami mengadu dan memohon, ke mana lagi tempat untuk kami meminta..Semoga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang syahid dalam memperjuangkan agama suci ini.
Amin ya rabbal alamin..

Friday, April 18, 2008

Dengan Nama Allah..

Alhamdulillah masih berada dalam kenikmatan hidup yang diberikan..mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati dan melimpahi berkah di dalam hidup ini.entah esok entah lusa diri ini di jemput kembali..mungkin juga sesaat lagi..terima kasih buat yang membantu buat blog ini..hehe. tq kinki=)

Anda pelawat yang ke :