Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 19, 2009

"H1N1" Cegahlah ia.Kita mampu lakukannya :)

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air Dan Sabun

1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
2. Gosok kedua-dua tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok kuku di tapak tangan
5. Gosok belakang tangan dan celah jari
6. Cuci tangan dengan air bersih
7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu

4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)

1. Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
2. Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
3. Letak bahan pencuci ke tapak tangan
4. Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit

Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari
Amalkan Mencuci Tangan:


1. Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
2. Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
3. Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
4. Bila-bila masa tangan anda kotor

Friday, August 14, 2009

DOA PENDINDING WABAK PENYAKIT (dibaca setiap pagi dan petang 3x)

Bismillahirrohmanirrahim..

"Dengan kehebatan dan kekuatan Allah, Engkau sentiasa menjaga keselamatan kami. Dan kami berpegang teguh dengan Allah yang Maha Memiliki segala penguasaan, dan kami bertawakkal kepada Allah yang Maha hidup dan tidak sekali-kali akan mati.

Ya Allah..hindarkanlah daripada kami wabak yang sedang berlaku ini dan peliharalah kami dari segala panahan dan penyakit taun dan dari segala bala bencana dengan sifatMu yang Maha Lemah Lembut wahai Tuhan, Wahai Tuhan yang Maha Mendalam pengetahuannya, sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu perkara yang berlaku."

Al-Fatihah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ucapan takziah kepada isteri, anak2 serta saudara mara dan sahabat handai kepada Allahyarham Ustz Asri Bin Ibrahim (solo kump. Rabbani) atas pemergian beliau ke Rahmatullah pada 13 Ogos 2009. Semoga rohnya tenang, dicucuri rahmat, dan ditempatkan bersama2 dgn golongan para solihin..Al-Fatihah.

Friday, August 7, 2009

"INSAN CEMERLANG UMMAH GEMILANG''

Majlis Solat Hajat SMK Convent Batu Pahat, Johor
Tarikh : 7 Ogos 2009
Masa : 6.30 ptg- 9.30 malam
Tempat : Dewan terbuka SMK Convent Batu Pahat.

" Setiap usaha yang dilakukan hendaklah diiringi dengan doa dan tawakkal"

Wednesday, August 5, 2009

NISFU SYAABAN ~

Sesungghnya terdapat empat malam istimewa untuk beribadah iaitu :

* malam Nisfu Syaaban
* malam Raya Fitrah
* malam Raya AidilAdha
* malam hari Arafah

Apabila telah selesai sembahyang maghrib dan solat sunat hendaklah membaca Yaasin 3 kali :
1) niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah
2) mohon luaskan rezeki yang halal dan diberkati
3) mohon dimatikan dalam iman

Selamat beramal Ibadah..:)

Anda pelawat yang ke :