Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, September 2, 2008

Ibadah Puasa

Puasa wajib

Puasa fardhu atau puasa di bulan Ramadan telah diwajibkan ke atas setiap mukallaf yang berakil baligh serta telah memenuhi syaratnya. Bagi kanak-kanak yang belum akil baligh, mereka ini tidak diwajibkan berpuasa tetapi ibu bapa haruslah melatih mereka untuk berpuasa sebagai latihan. Sesiapa yang mengingkari akan kewajipan berpuasa ini maka mereka dihukum murtad.

Puasa sunat

Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan kerana semata-mata untuk mengharapkan akan keampunan, keredhaan, balasan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Puasa sunat boleh dikerjakan pada bila-bila masa yang diingini jika seseorang itu merasa ia berkemampuan untuk melaksanakannya kecuali pada hari-hari yang telah diharamkan dan pada hari-hari yang makruh berpuasa.

Jenis-jenis Puasa Sunat
  • Puasa sunat di bulan Syawal. Puasa dalam bulan ini tidak semestinya berturut-turut iaitu selepas hari raya pertama, ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal.
  • Puasa sunat di bulan Zulhijjah bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah 8 haribulan.
    Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah ( hari Arafah ).
  • Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah pada 9 haribulan (sunat Tausa’ ).
  • Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram ( sunat ‘Asyura ).
  • Puasa sunat di bulan Rejab ( keseluruhan bulan Rejab ).
  • Puasa sunat di bulan Syaaban ( keseluruhan bulan Syaaban kecuali pada hari syak ).
  • Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
  • Puasa sunat 3 hari pada tiap-tiap bulan Hijrah ( Islam ).
  • Puasa sunat pada setiap tanggal 13, 14, dan 15 haribulan pada setiap bulan-bulan Hijrah ( Islam ).
  • Puasa sunat secara berselang-seli hari seperti semalam ia berpuasa dan hari ini ia berbuka dan pada esok harinya ia berpuasa semula.

Puasa Qada

Puasa Qada ialah puasa yang wajib ditunaikan kerana bagi menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan Ramadan dahulu diatas sesuatu sebab ataupun kelonggaran yang diizinkan oleh syarak seperti sakit tenat, bermusafir, haid, nifas, bersalin dan sebagainya

Puasa Nazar

Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah berperoleh ataupun berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu. Jika apa yang kita nazarkan itu tidak berjaya maka tidaklah wajib keatas kita untuk menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa.


Puasa Kifarat

Puasa kifarat wajib ditunaikan jika seseorang telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti berikut :
*Bersetubuh dalam bulan Ramadan dan pada waktu siang hari maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
*Membunuh saudara seagama tanpa hak ataupun dengan sengaja maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
*Melanggar perintah ihram dengan melakukan sesuatu yang haram dilakukan dan tidak dapat digantikan dengan menyembelih binatang.
*Kifaratnya berpuasa selama 3 hari di Tanah Suci dan 7 hari di negara sendiri.
*Kifarat kerana menziharkan isteri iaitu dengan berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.

No comments:

Anda pelawat yang ke :