Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 19, 2009

"H1N1" Cegahlah ia.Kita mampu lakukannya :)

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air Dan Sabun

1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
2. Gosok kedua-dua tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok kuku di tapak tangan
5. Gosok belakang tangan dan celah jari
6. Cuci tangan dengan air bersih
7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu

4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)

1. Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
2. Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
3. Letak bahan pencuci ke tapak tangan
4. Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit

Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari
Amalkan Mencuci Tangan:


1. Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
2. Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
3. Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
4. Bila-bila masa tangan anda kotor

Friday, August 14, 2009

DOA PENDINDING WABAK PENYAKIT (dibaca setiap pagi dan petang 3x)

Bismillahirrohmanirrahim..

"Dengan kehebatan dan kekuatan Allah, Engkau sentiasa menjaga keselamatan kami. Dan kami berpegang teguh dengan Allah yang Maha Memiliki segala penguasaan, dan kami bertawakkal kepada Allah yang Maha hidup dan tidak sekali-kali akan mati.

Ya Allah..hindarkanlah daripada kami wabak yang sedang berlaku ini dan peliharalah kami dari segala panahan dan penyakit taun dan dari segala bala bencana dengan sifatMu yang Maha Lemah Lembut wahai Tuhan, Wahai Tuhan yang Maha Mendalam pengetahuannya, sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu perkara yang berlaku."

Al-Fatihah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ucapan takziah kepada isteri, anak2 serta saudara mara dan sahabat handai kepada Allahyarham Ustz Asri Bin Ibrahim (solo kump. Rabbani) atas pemergian beliau ke Rahmatullah pada 13 Ogos 2009. Semoga rohnya tenang, dicucuri rahmat, dan ditempatkan bersama2 dgn golongan para solihin..Al-Fatihah.

Friday, August 7, 2009

"INSAN CEMERLANG UMMAH GEMILANG''

Majlis Solat Hajat SMK Convent Batu Pahat, Johor
Tarikh : 7 Ogos 2009
Masa : 6.30 ptg- 9.30 malam
Tempat : Dewan terbuka SMK Convent Batu Pahat.

" Setiap usaha yang dilakukan hendaklah diiringi dengan doa dan tawakkal"

Wednesday, August 5, 2009

NISFU SYAABAN ~

Sesungghnya terdapat empat malam istimewa untuk beribadah iaitu :

* malam Nisfu Syaaban
* malam Raya Fitrah
* malam Raya AidilAdha
* malam hari Arafah

Apabila telah selesai sembahyang maghrib dan solat sunat hendaklah membaca Yaasin 3 kali :
1) niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah
2) mohon luaskan rezeki yang halal dan diberkati
3) mohon dimatikan dalam iman

Selamat beramal Ibadah..:)

Thursday, March 19, 2009

Cuti sekolah??ala.. =((

Salam..
sub..sub..sedih dh sbb cuti dh nk hbs.terasa sekejap sgt berada dgn fmly kat kpg ni.
dh naik skolah maknanya kerja dh menunggu dpn mata..& mungkin sy pun jarang dpt peluang nk mengupdate blog ni.tp insya Allah, ada masa n rzki kita jumpa lagi ye shbt sume :)..

Tuesday, March 17, 2009

Nasyid??hehe..

Salam semua.. nk berkongsi cerita ni, naik sekolah nnt sekolah sy baru nk melaksanakan pgram sambutan maulidurrasul peringkat sekolah.. biarlah dikatakan lewat pun, yg pnting matlamat sambutan tu utk mmberi pndedahn n kfahaman kpd plajar2 ttg sirah perjalanan nabi kita Muhammad saw sampai kpd dorang.

Sbnrnya, yg nk diceritaknnya, penulis jadi ckgu yg kna latih plajar2 utk buat psembahan nasyid pd hari tersebut.hehe.gmbira dpt tugas ni.terkenang zaman2 sekolah dulu..ni la lagu untuk dorang. doakanla ye, mudah2an psembahan mereka dpt memberi kesan dalam diri plajar2 lain..


Budimu Ya Rasullullah

budimu bagai air mengalir
jasamu bak selaut mutiara
baktimu bagai segunung permata
Rasulullah..

wahai insan bernama Muhammad
sungguh mulia pngorbananmu
tidak kenal erti penat lelah
ya Rasulullah...(2x)

(selawat)assolatu'alannabi....wassalamu'alarrasul..assyafi'ilabtohi
wa muhammad 'arobbi..

akanku cuba
teruskan perjuanganmu
sesekali tidak ku kecewa
walau rintangan jua halangan
yang bakal menghalangi perjuangan

kan ku selawat padamu..
tanda bukti kecintaan
moga mendapat pahala
dan jua barakah

ulang selawat

wahai nabi
kekasih Allah
sungguh tabah menempuh dugaan
segala bakti pngorbananmu
Tuhan saja bisa membalasnya


Manusia

(1)
Manusia di zaman sekarang
Lalai dengan kehidupan
Mereka lalai dengan kenikmatan
Dan juga lalai pada Tuhan

Mereka tahu adanya Tuhan
Tapi mereka
Tidak menunaikan kewajipan
Mereka tahu benarnya Quran
Tapi mereka
Tidak mengambil pengajarannya

Ulang1

Mereka juga tahu
Adanya dosa pahala
Mereka tahu adanya syurga neraka
Namun mereka masih tidak mentaati
Perintah Tuhan Yang Maha Esa

Wahai manusia
Sedarilah
Insafilah
Bertaubat dan berdoa
Bersedekahlah
Semoga Tuhan memberkati hidupmu..

Manusia...sedarilah...
Manusia...insafilah...
Wahai manusia..sedarilah...
Manusia...insafilah...(insafilah
)

Anda pelawat yang ke :